Peluang Berinfaq untuk Menjayakan Sambutan Maulidur Rasul
Pihak Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic dengan sukacitanya membuka peluang kepada para jemaah serta orang ramai yang berhajat untuk berinfaq sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H. Sumbangan ikhlas ini akan digunakan bagi menjayakan majlis dan mengimarahkan syiar Islam di surau kita.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Semoga Allah memberkati setiap sumbangan ikhlas yang diberikan.