Description
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah
Eco Majestic, Semenyih
Tarikh: 27 Februari 2025
Hari: Khamis
Masa: 7:00 petang - 10.00 malam
Tempat: Surau Ar-Raudhah Eco Majestic
Pengenalan
Majlis Penyerahan Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic, Semenyih, menandakan detik penting bagi komuniti setempat. Surau ini dibangunkan sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk Eco Majestic dan kawasan sekitar. Dengan reka bentuk yang moden serta kemudahan yang selesa, surau ini diharapkan menjadi pusat penyatuan ummah dalam memperkukuh nilai-nilai keislaman.
Dengan Majlis Penyerahan ini maka surau Ar-Raudhah Eco Majestic telah boleh beroperasi secara rasmi dan diharapkan Surau Ar-Raudhah Eco Majestic akan terus menjadi institusi penting dalam membimbing dan menyatukan komuniti Islam setempat.
Perasmian
Untuk majlis penyerahan ini, pihak JK Penaja Pembinaan Surau Ar-Raudhah telah menjemput Ybhg. Dato' Hj. Rosli Bin Othman, Y.D.H Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat.
RSVP
Kami amat berbesar hati dengan minat dan sambutan yang anda tunjukkan. Pendaftaran RSVP telah mencapai had dan kini ditutup. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar.
Sumbangan Infaq/Sedekah
Pihak Jawatankuasa Surau juga mengalu-alukan sumbangan atau sedekah kepada penganjuran majlis ini. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pihak kami telah menerima Infaq/Sedekah sebanyak RM 12,420. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk majlis Doa Selamat dan Perasmian Surau.